❤Welcome To My Blog. Come Freely⌚. Go Safely☂. And Leave Something Of The Happiness You Bring☀.❤.-♛NORFAZREEN♛-

Thursday, 11 October 2018

R E N U N G A N



Sebelum menuduh, fahami faktanya, cari buktinya.
Sebelum menghakimi, fahami alasannya.
Sebelum menyakiti, fahami perasaannya.
Sebelum menyampai, fahami akibatnya. 
Kerana Mulut Badan Binasa.
Kerana Mulut Hati Sengsara.


Satu sikap yg merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’ mereka-reka serta menambah cerita buruk,malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yg pendek menjadi panjang. Ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dgn tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.
Firman ALLAH didalam Al-Qur’an:

”Hai orang-orang yg beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. al-Hujurat: 6)
Janganlah memata-matai saudaramu, dan janganlah kalian menghina satu sama lain.
Apakah kamu ingin memakan daging mentah, bangkai saudaramu yg sudah mati?

Jangan menjelek-jelekkan satu sama lain, jangan bicara buruk tentang satu sama lain, kerana dengan itu Allah akan menempatkan kalian dibawah hukumanNya dan mengambil seluruh hasanat (kebaikanmu) dan memberikan kebaikan amal ibadahmu kepada orang yang kalian zalimi, dan mengambil keburukan dosa-dosa org yg kalian zalimi dan diberikan kepadamu.


Manusia tanpa iman manusia yg suka buat fitnah dan aibkan orang lain.
Manusia tanpa iman suka melakukan dosa-dosa besar.
Manusia tanpa iman suka buat zalim dan sebarkan perkara mungkar.
Manusia tanpa iman suka menentang hukum-hukum Allah dan suka menghina ulama dan orang-orang mukmin.


Ingatlah bahawa setiap dosa dan kemungkaran yg dibuat oleh manusia didunia ini akan mendapat balasannya daripada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T maksudnya : 

“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.” (Surah az-Zalzalah ayat 7-8)

Manusia yg suka dedahkan aib orang mukmin ketika didunia, aibnya akan didedahkan oleh Allah S.W.T. dihari akhirat. 

Ketika itu org-org mukmin akan mentertawakan golongan tersebut yg gembira dan mentertawakan org mukmin ketika didunia.

Allah S.W.T berfirman maksudnya : 


“Barang siapa yang menghendaki kehidupan sekarang (dunia), maka Kami segerakan baginya didunia itu apa yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahanam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir" (Surah al-Isra’ ayat 18).
Rasulullah bersabda lanjut maksudnya: 

“Jika kamu berkata mengenai perkara yg benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yg tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.”
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah S.W.T.seperti dijelaskan dlm firmanNya bermaksud: 


“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orglain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Justeru, setiap muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.


PENGAJARAN: 

Fikir-fikirlah biarpun beribu kali sebelum membuat fitnah. Sememangnya terdapat syaitan di kalangan jin, dan syaitan dikalangan manusia yang suka membuat fitnah dan menjatuhkan orang lain.

Marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada golongan fasiq dan zalim yg suka membuat fitnah supaya kita tidak mendapat sahamnya dan jadikanlah diri kita menjadi manusia yg dicintai oleh Allah S.W.T.

Janganlah kita menjadi hamba-hamba yg sombong, bongkak, angkuh dan ego kerana kita hanyalah makhluk yg dijadikan oleh Allah agar beribadat kepadaNya yg mana akhirnya kepadaNya jualah kita akan kembali dan akan diperhitungkan
nasib dan amalan kita..


Semoga Bermanfaat

Buatlah apa yg disuruh dan tegah apa yg dilarang,
insyaa-Allah selamat didunia dan akhirat...


Peringatan untuk diri sendiri. 
Alhamdulillah...




★♡Thanks For Reading FAZ Post.♡★