TAKAFUL

Takaful ZURICH
Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah di mana Pengendali Takaful selaku agen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta.
Yuran Wakalah akan dikenakan sekali bersama dengan caruman yang dibayar. Jumlah Tabarru’ akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP) di mana ia akan digunakan untuk membantu Peserta lain berdasarkan Konsep Takaful. Manfaat akan dibayar daripada APRP hanya untuk kerugian yang dilindungi, dan bukanlah semasa Sijil matang atau penyerahan Sijil. Lebihan pada setiap akhir tahun kewangan (jika ada) akan dikongsi di antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50 berdasarkan kontrak Hibah.
Keuntungan daripada pelaburan yang diperolehi daripada Akaun Pelaburan Peserta (APP /Participant Investment Account) adalah berdasarkan kepada aset yang disandarkan dan Zurich Takaful akan mengenakan bayaran Yuran Wakalah Tharawat (Yuran Pengurusan Dana) untuk menguruskan aset tersebut.
Risiko pelaburan di dalam APP ditanggung sepenuhnya oleh Peserta. 100% keuntungan pelaburan selepas cukai akan kekal di dalam APP untuk manfaat Peserta.
Tiada perkongsian ke atas sebarang keuntungan yang ada di dalam APP dengan pemegang saham.


Majlis Penasihat Syariah Zurich
Majlis Penasihat Syariah Zurich terdiri daripada 5 orang ahli panel yang mempunyai kepakaran dan dan pengalaman dalam syariah sebagai pelengkap kepada industri insurans.
Zurich merupakan syarikat insurans konvensional pertama di Malaysia yang mempunyai Majlis Penasihat Syariah. Majlis Penasihat Syariah ini berperanan untuk memberi konsultansi dan nasihat kepada pengurusan, melakukan kajian dan pembangunan ke atas pelbagai perkara berkaitan insurans melalui perspektif syariah dan mengambil bahagian dalam pameran dan berinteraksi dengan 5000 pekerja agensi di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran dan etika dalam penjualan produk-produk insurans.
Penubuhan majlis ini juga adalah inisiatif Zurich untuk menjaga kebajikan 400,000 pemegang polisi yang mana 50% daripadanya adalah pelanggan Bumiputra dan memasuki pasaran Takaful dengan adanya Majlis tersebut.


Kenapa perlu ambil Takaful Zurich secara umum?


Takaful tidak mempunyai riba dan kelebihan yang sangat banyak
Lagi banyak jumlah plan yang kita ambil, lagi banyak kelebihan yang kita boleh dapat. Takaful Zurich membantu penduduk kampung Tengah yang mengalami kesusahan untuk mendapat kelebihan itu.
Membantu mendapatkan plan pendidikan anak-anak mereka.
Ini terdapat dalam plan pendidikan. Kepada pasangan yang mempunyai anak, adalah lebih baik mengambil plan takaful yang cover medical + pendidikan anak-anak. Kenapa? Kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Zaman sekarang begitu banyak peluang belajar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi yang berintelek dan berpengetahuan di dalam pelbagai bidang. Namun salah satu sebab kenapa ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak mampu untuk menyambung pelajaran adalah disebabkan kerana kos pembelajaran yang semakin meningkat. Walaupun mempunyai banyak agensi-agensi yang boleh memberikan loan kepada pelajar tetapi interest yang tinggi boleh menyusahkan para pelajar yang baru grad untuk melangsaikan hutang mereka. Jadi, dari sekarang la kita perlu menyimpan untuk masa depan anak-anak kita. Nanti bila dah sampai jangka masa umur, duit simpanan pendidikan itu boleh digunakan untuk keperluan mereka. Tak perlu membuat pinjaman yang kemungkinan besar sukar untuk melunaskannya.
Melunaskan hutang-hutang sekiranya kita meninggal dunia
Dalam Islam, konsep hutang adalah penting. Kenapa? Sekiranya kalau ajal telah sampai dan terlampau banyak hutang-hutang yang belum dapat kita langsaikan, takaful sedia membantu untuk menjelaskan hutang yang sedia ada mengikut kepada berapa jumlah yang ada dengan memberikannya kepada pewaris anda. Adakah itu lebih baik? Kalau kita simpan duit di bank, andaikata kita meninggal dunia dan pihak bank mendapat tahu mengenai kematian kita, secara automatik duit di dalam bank tersebut akan dibekukan. 
Akhirnya duit simpanan itu didermakan kepada orang lain tanpa waris kita tidak mendapat sedikit kelebihan sekalipun. Sekiranya kita menyimpan di dalam takaful, sekurang-kurangnya ada orang yang boleh membantu untuk menguruskan semuanya.
Membantu orang kehilangan upaya kekal yang disebabkan kemalangan untuk meneruskan kehidupan
Kalau sekarang, kita banyak mendapat medical benefit dari organisasi kita bekerja. Itupun sebab kita masih bekerja di bawah organisasi tersebut. Tapi tidakkah kita terfikir sekiranya kita sakit atau lumpuh disebabkan kemalangan, dalam masa yang sama khidmat kita ditamatkan. macam mana Bagaimana kita nak meneruskan hidup? Mungkin ada duit hasil dari khidmat sebelum ini tapi mampukah kita bertahan? Sebab itu kena ada plan ini untuk membantu sambil membuat amal jariah.
Memang benar wang pampasan Takaful tidak dapat menghidupkan orang yang telah pergi. Namun dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh waris keluarga.
Betapa pentingnya mengambil takaful. Memang duit tidak mencukupi untuk melabur tapi sekiranya kita pandai menguruskan kewangan kita insya'allah boleh.
Hargailah diri kita, sayangilah family kita. Kalau kita sakit ataupun meninggal dunia sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan beban family kita untuk menguruskan diri kita selepas ini. Itu yang paling penting.
KENAPA HARUS TAKAFUL?
Kesihatan adalah satu perniagaan.
Contohnya, sakit kanser. Memang boleh dirawat. Tapi nak kena ada cash atau insurans. Tak ada dua benda ni, maka takda pilihan lain melainkan ikut aja jadual hospital mana yang ada. No demand-demand.
Oleh kerana kesihatan telah jadi perniagaan, apa yang kita perlu buat ialah INVEST dalam kesihatan.
Macam mana caranya ialah dengan cara sign up insurans/takaful kesihatan.
.
.
.
Ramai sudah tahu pentingnya takaful tapi masih ramai tak tahu mana satu lebih penting antara polisi life atau Medical.?


Medical
- hanya cover bil sahaja. 
Life

- lebih kepada bentuk pampasan, samada kematian, sakit kritikal, lumpuh dan elaun2 lain. 


Orang ramai akan kata medical kerana cepat nampak untung (demam pun dpt admitted ribu2).
Tapi mereka tak sedar yang ada sesetengah penyakit kritikal, tak perlukan pun rawatan lagi, mungkin terlantar dirumah sahaja.
Contohnya stroke, sudah terlantar lumpuh dirumah, medikal kad limit berjuta pun tak guna. Masa nilah elaun sakit kritikal dan pampasan lumpuh sangat berguna.
Bila situasi mcm ni, nak bayar bulanan medikal kad tadi pun belum tentu ada duit.
Sedangkan medikal tadi, anda masih ada jalan terakhir iaitu hospital kerajaan.
Tapi kos sara hidup (selain hospital) ada sesiapa atau jalan penyelesaian yang lain?
Pastikan anda punyai perlindungan yang mencukupi, dan bukan sekadar rm20k atau rm 50k.

Jadi, Anda mampu mengubahnya.

.
.
.
CONTOH:
Konsep Hibah dlm TAKAFUL
Ali telah membuat simpanan dlm takaful sebanyak rm200 sebulan. setelah beberapa tahun Ali menyimpan, umur Ali tidak panjang dan meninggal dunia menghadap Ilahi. Dalam simpanan yg Ali buat, beliau telah meletakkan penama hibah kpd isterinya Aminah.. Apabila Ali telah meninggal dunia pihak takaful menyerahkan rm500k kepada Aminah hasil dari
simpanan yg Ali buat.


.
.
.
Apa kata anda buat sedikit simpanan bersama TAKAFUL..?
.
KENAPA ???


- Plan Life lebih berfokus kepada INCOME REPLACEMENT ( Ganti gaji kita)
jika ada apa apa yang berlaku kepada kita.
- MENDAPAT PAMPASAN Kematian/ Cacat Kekal.

- MENDAPAT PAMPASAN hidap penyakit kritikal.

FAKTOR LAIN??


Jika ada yang bergantung dengan anda
Jika ada perut yang lapar jika anda tidak balik rumah dari kerja hari ini
Jika ada hutang yang belum dilangsaikan
Ada komitmen bulanan yang dikongsi bersama pasangan


KITA KENA INGAT


-Sakit belum tentu tapi mati itu pasti.


Senario yang anak muda yang belum berkahwin lingkungan umur 18 hingga 30 tahun yang masih duduk bersama keluarganya.

Takaful bantuan masa depan anda..




Hubungi saya untuk bantuan takaful anda.

Hubungi Call @ PM @ WhatsApp

☎ 019774 0744
☎ 019774 0744
☎ 019774 0744
☎ 019774 0744
☎ 019774 0744



★♡Thanks For Reading FAZ Post.♡★